Bikesrepublic

KTM 790 Adventure 2019 Dan KTM 790 Adventure R 2019 Akan Dilancarkan!

  • Kami telah diberi peluang keemasan untuk menunggang uji model KTM 790 Adventure dan KTM Adventure R di Maghribi pada minggu ini.
  • Kedua-dua motosikal ini telah diperkenalkan sewaktu EICMA 2018.
  • Kedua-dua motosikal ini menambah lagi kepada rangkaian 790 yang turut didiami oleh model 790 Duke.

Motosikal KTM 790 Adventure 2019 dan KTM 790 Adventure R 2019 telah diperkenalkan sewaktu acara EICMA 2018 pada bulan November yang lalu. Kemunculan model-model ini meluaskan lagi rangkaian 790, berikutan pelancaran model 790 Duke di Malaysia pada bulan Jun 2018.

Oleh kerana kedua-dua buah model 790 ini masih belum dilancarkan secara rasminya di seluruh dunia, tiada siapa yang berpeluang untuk menunggang ujinya, sehinggalah sekarang. Laman saudara kami, BikesRepublic.com akan mendapat peluang keemasan untuk menunggang uji kedua-dua buah motosikal ini di Pelancaran Media Antarabangsa yang akan diadakan di Maghribi, ehsan KTM Malaysia.

Buat sementara waktu ini, kami akan terangkan serba sedikit mengenainya.

Enjin

Kedua-dua buah motosikal ini menggunakan enjin parallel-Twin ultra kompak 799cc LC8c yang sama seperti motosikal 790 Duke. Bagaimana pun, dengan tersematnya nama “Adventure” pada kedua-dua motosikal ini bermakna ianya mempunyai kebolehan ‘offroad’, dan dengan itu, mempunyai penalaan enjin yang berbeza. Di mana motosikal 790 Duke menghasilkan 103hp dan 87Nm, enjin motosikal Adventure menghasilkan 94hp dan 88Nm.

Enjin LC8c

KTM 790 Adventure

Model 790 Adventure ini lebih kepada motosikal dwi-sukan yang cenderung jalan raya. Dan oleh kerana itu, ia didatangkan dengan ruang gerakan suspensi yang lebih pendek berbanding model 790 Adventure R (200mm vs. 240mm), walaupun ianya lebih tinggi berbanding 790 Duke (200mm vs. 140mm hadapan/150mm belakang). Perubahan pada suspensi ini juga memberikannya ketinggian pelana 850mm.

Forknya tidak boleh dilaras manakala penyerap hentakan belakangnya boleh dilaras untuk pra muatan sahaja. Roda hadapan 21 inci dan roda belakang 18 inci telah dilitupi dengan tayar Avon Trailrider.

Selain daripada suspensinya, ia juga memiliki kapasiti bahanapi 20 liter. Daripada membesarkan lagi tangki bahanapinya, minyak petrol tambahannya itu terletak rendah di hadapan enjin. Dengan begini, motosikal ini mengekalkan pusat graviti yang rendah. Tangki bahanapi ‘rendah’ ini berketahanan impak.

KTM 790 Adventure R

Motosikal 790 Adventure R adalah motosikal dwi-sukan yang lebih cenderung kepada penunggangan ‘off-road’. Dan dengan itu, KTM telah melengkapkannya dengan suspensi dengan ruang gerakan yang lebih panjang. Selain itu, ianya merupakan satu-satunya model 790 KTM yang memiliki suspensi boleh dilaras sepenuhnya. Penyerap hentakan belakangnya boleh dilaras untuk pra muatan pegas bagi pemampatan kelajuan rendah dan tinggi, dan juga untuk redaman lantunan. Bahagian fork pula, boleh dilaras untuk pemampatan dan redaman lantunan.

Suspensi 790 Adventure R ini memiliki ruang gerakan sebanyak 240mm bagi kedua-dua bahagian hadapan dan belakang. Oleh kerana itu, ketinggian pelananya berada pada ketinggian 880mm.

Model ini juga menggunakan roda hadapan 21 inci dan roda belakang 18 inci, tetapi, ianya didatangkan dengan tayar Metzeler Karoo 3.

Motosikal KTM 790 Adventure R ini juga dilengkapi dengan kapasiti bahanapi 20 liter dan memiliki tangki bahanapi yang dipasang sama seperti model 790 Adventure.

Teruskan setia bersama kami untuk laporan penuh tunggang uji dan videonya nanti!

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan