Bikesrepublic

KTM 790 Adventure R 2019 Sudah Hampir Sedia Untuk Pengilangan

  • KTM telah mengeluarkan satu set gambar model KTM 790 Adventure R 2019.
  • Versi prototaip ini dapat dilihat menggunakan platform 799cc yang sama seperti KTM 790 Duke 2018.
  • KTM menjanjikan sebuah motosikal kembara yang akan datang dengan sifat teramat ringan, sangat berkuasa, dan dipenuhi pelbagai inovasi yang akan membantu dalam penunggangan ‘off-road’.

Pada minggu lalu, motosikal KTM 790 Duke 2018 telah membuktikan yang ianya adalah antara jentera yang paling hebat yang bertanding di “2018 Pikes Peak International Hill Climb“. Bukan sahaja model 790 Duke ini memenangi kategori kelas middleweight sewaktu ianya dikemudi oleh Chris Fillmore, ia juga telah mencatatkan masa ketiga terpantas secara keseluruhan dengan perbezaan beberapa saat sahaja di belakang motosikal Ducati Multistrada 1260 Pikes Peak dan KTM 1290 Super Duke R.

Jentera dwi-silinder 799cc berprestasi tinggi itu tidak syak lagi telah mengagumkan ramai orang dengan kebolehannya. Dan kini, pengeluar dari Austria itu sudah pun mula mengusik kita dengan sebuah versi ‘off-road’ bagi motosikal ini, digelar KTM 790 Adventure R.

Berdasarkan penjana berkembar selari 799cc yang sama, KTM menjanjikan satu pengalaman yang berbeza sama sekali buat para penggemar tunggangan kembara dengan model KTM 790 Adventure R yang bakal tiba. Janji mereka? Sebuah jentera yang ringan, berkuasa, dan berinovasi, diilhamkan oleh pengalaman meluas jenama berkenaan dalam tunggangan ‘off-road’ dan sudah semestinya di Rali Dakar.

Selari dengan kebiasaan KTM yang senantiasa memberikan kita sedikit usikan mengenai jentera mereka akan muncul tiba, gambar-gambar motosikal prototaip KTM 790 Adventure R telah mula tersebar di atas talian internet di seluruh dunia dan ianya sememangnya cukup MENAKJUBKAN.

Ciri-ciri lain yang boleh dijangkakan pada model KTM 790 Adventure R yang baharu ini adalah:

  • Jarak tunggangan sejauh 250 batu (sekitar 400km) untuk setiap tangki penuh bahanapi.
  • Pakej WP Suspension yang boleh laras sepenuhnya.
  • ABS Menyelekoh.
  • Kawalan Cengkaman.
  • Mod Tunggangan.

Oleh kerana ianya telah pun memasuki bulan Julai dan model KTM 790 Duke 2018 baharu sahaja mula memasuki pasaran di seluruh dunia, kami mengandaikan yang motosikal KTM 790 Adventure R yang dinanti-nantikan ini akan membuat kemunculan rasminya sekitar bulan November sewaktu acara EICMA 2018.

Teruskan bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini segenap dunia permotoran.

Motosikal KTM 790 Duke “The Scalpel” 2018 Dilancarkan Secara Rasmi!

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan