Bikesrepublic

KL Banjir Kali Ketiga Sejak Disember, DBKL Digesa Pantau Sistem Saliran

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil meminta Menteri Wilayah Shahidan Kassim untuk menggunakan sumber yang ada untuk melakukan pembersihan sewajarnya di sekitar Kuala Lumpur ekoran banjir kilat yang berlaku pada Isnin.

Insiden banjir kilat pada Isnin merupakan yang ketiga berlaku di Kuala Lumpur sejak Disember tahun lalu.

Susulan kejadian berulang itu, Fahmi berkata masalah tersebut berkait dengan longkang tersumbat dan tidak diselenggara dan memaklumka nbahawa terdapat banyak sampah sarap muncul sebaik banjir mulai surut.

“Kolam tadahan banjir perlu diselenggara, Saya juga perasan banyak tanah atas yang dibawa daripada tapak pembinaan,” jelas Fahmi kepada FMT.

Pada masa sama, Fahmi juga meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelenggara sistem saliran di kawasan terjejas dan pastikan kawasan tapak pembinaan juga membantu dalam pembersihan.

Banjir kilat pada Isnin menyaksikan beberapa kawasan dinaiki air dengan mendadak antaranya di Jalan Pudu, Jalan Kuching dan Jalan Ampang. – FMT

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan