Bikesrepublic

Kevin Schwantz Bakal Dimasukkan Dalam Motorsports Hall of Fame of America

Kevin Schwantz pada tahun 1993
  • Ramai penggemar GP motosikal sudah pasti masih ingat dengan Kevin Schwantz.
  • Penunggang bernombor 34 dari Texas itu menjadi penunggang kegemaran ramai dengan sifat tidak pernah mengalahnya itu.
  • Schwantz telah pun berada dalam AMA Hall of Fame dan akan dimasukkan ke dalam Motorsports Hall of Fame of America yang didiami oleh pelumba hebat dari pelbagai disiplin yang berbeza pada tahun 2019.

Kebanyakan peminat veteran Kejohanan Dunia Grand Prix 500cc pasti akan mengatakan yang zaman kegemilangan perlumbaan GP adalah pada lewat tahun 80-an dan awal 90-an, dan salah satu sebabnya adalah atas usaha penunggang #34, Kevin Schwantz. Dan oleh kerana itu, ianya berpadananlah sekiranya “Motorsports Hall of Fame of America” telah mengumumkan yang mereka akan mentabalkan penunggang tinggi lampai dari Texas itu pada tahun hadapan.

Schwantz telah pun dimasukkan dalam Hall of Fame AMA (American Motorcyclist Association) pada tahun 1999, dan Fédération Internationale de Motocyclisme (FIM), telah membersarakan nombor perlumbaan #34-nya itu sebagai menghormati sumbangannya terhadap sukan ini, selain menamakannya sebagai “Legend” pada tahun 2000.

Schwantz lahir di Houston, Texas, anak seorang pemilik kedai motosikal. Dia telah mula menunggang dari usia 3 tahun, sebelum bertanding sebagai penunggang motosikal ‘trials’, mengikuti jejak langkah bapa saudaranya, Darryl Hurst, yang menggunakan nombor perlumbaan 34. Dia berpindah dari ‘trials’ ke sukan motocross sewaktu usia remajanya dan telah berjaya menjadi juara wilayah. Namun begitu, satu kemalangan yang teruk sewaktu Houston Supercross pada tahun 1983 telah menyebabkannya bersara dari sukan itu.

Pada tahun berikutnya, pasukan Yoshimura Suzuki Superbike telah mengadakan satu uji bakat mencari penunggang baharu. Antara mereka yang memutuskan untuk mencuba nasib adalah Kevin Schwantz, dan selebihnya, telah menjadi lipatan sejarah.

Dia kemudiannya telah berpindah ke kelas GP Dunia 500cc, di mana seteru sengitnya dalam AMA Superbike, Wayne Rainey, juga turut berpindah naik bersama. Mereka berdua akan bertarung tanpa henti antara sesama mereka bersama dengan para penunggang hebat yang lain seperti Mick Doohan, Wayne Gardner, John Kocinski, Eddie Lawson, Randy Mamola, dan yang lain-lain.

Di mana aksi ‘powerslides’ tayar belakang berasapnya telah memenangi hati ramai peminat, ianya sikap tidak pernah mengalahnya yang telah mendapat sanjungan menggunung sehinggalah ke hari ini. Malah, Valentino Rossi juga merupakan peminat tegar penunggang #34 ini.

Rainey (#1) dan Schwantz (#34)

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube