Bikesrepublic

Kawasaki Z900 ABS 2018 – Kini Dengan Warna Candy Persimmon Red! (RM50,959)

  • Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) kini sudah mula menawarkan Kawasaki Z900 ABS Edisi Khas 2018 dalam warna serba baru, Candy Persimmon Red.
  • Skema warna merah terbaru ini dipertingkatkan lagi dengan kemasan garisan Metallic Spark Black bagi memberikannya rupa paras yang lebih garang.
  • Berharga RM50,959 (harga asas beserta GST), motosikal Kawasaki Z900 ABS 2018 ini menghasilkan 123hp dan 98.6Nm tork.

Berita baik buat semua peminat serta penggemar Kawasaki di luar sana! Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah mengumumkan yang mereka kini sudah mula menawarkan motosikal Kawasaki Z900 ABS 2018 dalam warna edisi khas serba baru, Candy Persimmon Red!

Dianggap sebagai salah sebuah motosikal naked berprestasi tinggi terbaik yang ada di dalam pasaran, motosikal Z900 ABS ini telah mendapat sambutan yang menakjubkan dalam pasaran Malaysia. Sebagai salah sebuah model paling laris bagi tahun 2017, KMSB kini menawarkan motosikal naked empat selari 948cc mereka ini dalam kemasan warna edisi khas yang baru.

Bagi menyerlahkan lagi skema warna merah menyala yang terdapat pada konsep rekaan “Sugomi” yang agresif di atas motosikal tersebut, kemasan garisan Metallic Spark Black telah disertakan bagi mempertingkatkan lagi rupa parasnya yang menarik perhatian ramai. Motosikal Z900 ABS ini sudah semestinya satu imbangan sempurna di antara rekaan dan prestasi, yang telah terhasil dari buah fikiran minda-minda genius di jabatan kejuruteraan Kawasaki.

Dan oleh kerana ianya sebuah Edisi Khas, motosikal Kawasaki Z900 ABS 2018 berwarna merah ini didatangkan dengan beberapa buah kelengkapan tambahan berbanding dengan model standard. Aksesori tersebut adalah gelongsor gandar hadapan, gelongsor enjin, cecincin pelitup enjin, skrin radiator, pelitup skrin, pelitup pelana tunggal, pelindung tangki, serta pad lutut dan punca kuasa DC.

Dijana oleh sebuah enjin empat selari, sejukan cecair, 948cc, motosikal Z900 ABS ini menghasilkan sejumlah 123hp pada 9,500rpm dan 98.6Nm tork maksimum pada 7,700rpm. Keseluruhan kuasa tersebut dipacu ke roda belakangnya melalui kotak gear enam kelajuan yang telah dilengkapi dengan klac ‘slip-and-assist’ terkini dari Kawasaki.

Motosikal Kawasaki Z900 ABS edisi khas 2018 ini telah ditetapkan harganya pada RM50,959 (harga asas beserta GST). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layarilah laman sesawang rasmi Kawasaki Motors Malaysia. Selain itu, anda juga boleh membaca ulasan mendalam kami berkenaan Z900 ABS ini pada pautan di bawah.

https://www.bikesrepublic.com/2017/07/04/30862/

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube