Bikesrepublic

Kawasaki Ninja H2 2019 Muncul Dengan Berbilang Kemaskini Dan 231hp!

  • Diperkenalkan pada tahun 2015, motosikal Kawasaki Ninja H2 adalah motosikal pengeluaran terpantas dunia.
  • Pengeluar-pengeluar yang lain telah mula memberikan cabaran terhadap rekod yang dipegang H2 ini.
  • Model Kawasaki Ninja H2 2019 bakal tampil dengan enjin yang lebih berkuasa, di samping pelbagai kemaskini yang lain.

Motosikal Kawasaki Ninja H2 mungkin sekali motosikal yang paling hebat sewaktu ianya diperkenalkan pada tahun 2015, namun kini, sudah tiba masanya untuk pengemaskinian. Ya, tiga tahun adalah satu tempoh yang cukup lama dalam dunia motosikal lumba. Jadi, untuk terus kekal di hadapan para pesaing, enjin model Kawasaki Ninja H2 2019 akan menghasilkan sehingga 231hp!

Benar, tiada motosikal yang lain selain daripada motosikal sedia litar H2R, dan motosikal sport-touring H2 SX, yang juga keluaran Kawasaki, adalah motosikal yang di cas lampau, tetapi, dengan pembangunan teknologi dan persaingan telah menyaksikan motosikal seperti Ducati Panigale V4 merampas tempat sebagai motosikal sah jalan raya paling berkuasa.

Para jurutera Kawasaki telah menerapkan teknologi yang telah dibangunkan untuk motosikal Kawasaki Ninja H2 SX, antaranya penapis udara, kebuk lohong masukan, palam pencucuh, dan ECU yang baharu. Namun begitu, motosikal H2 2019 tidak akan dilengkapkan dengan pengecas lampau yang diimbangkan dari H2 SX. Kemaskini ini membolehkannya menghasilkan 231hp, dan pada masa yang sama, kekal patuh dengan piawaian Euro4.

Bukan sahaja enjinnya yang telah diberikan perhatian, di mana motosikal baharu ini akan dilengkapkan dengan tayar Bridgestone RS11 dan angkup Brembo Stylema baharu yang telah diperkenalkan buat kali pertamanya pada model Ducati Panigale V4.

Kemaskini yang lain termasuklah panel instrumen TFT baharu yang kini dilengkapi dengan pautan ‘Bluetooth’.

Satu ciri menarik pada motosikal Ninja H2 2019 ini adalah kemasan warna baharu yang mana Kawasaki dakwa ianya boleh “pulih-kendiri”, bermakna ia mampu ‘memperkemaskan semula’ sebarang calar-calar kecil apabila cuaca cukup panas. Dibangunkan oleh jabatan pembangunan mereka sendiri, pengeluar tersebut mendakwa yang ianya jauh lebih hebat berbanding warna dengan ciri yang sama yang ada di dalam pasaran.

Selain itu, Kawasaki juga akan melancarkan aplikasi “Rideology” untuk motosikal, yang membolehkan pemilik untuk meneliti maklumat asas kenderaan, bahanapi, keadaan bateri, log penunggangan, kemaskini senggang perkhidmatan, dan lain-lain lagi.

Kawasaki sedang mempersembahkan motosikal Ninja H2 2019 pada ketika ini di acara “Bonneville Salt Flats Speed Week”.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube