Bikesrepublic

Kawasaki Indonesia Bakal Lancarkan ZX-25R Julai Ini

Jentera yang dinanti, Kawasaki ZX-25R akan dilancarkan pada 10 Julai ini.

Pendedahan itu dibuat Kawasaki Indonesia menerusi perkongsian video di YouTube baru-baru ini.

Video berdurasi 54 saat itu memaparkan dua varian Kawasaki ZX-25R di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia.

Menurut video tersebut, jentera terbabit akan dilancarkan sekitar jam 3 petang waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia) menerusi siaran strim langsung di channel Kawasaki Indonesia.

Kawasaki ZX-25R mencuri tumpuan sejak membuat penampilan sulung tahun lalu tatkala menawarkan jentera 250cc 4-silinder.

Meskipun Kawasaki tidak mendedahkan kuasa yang dihasilkan jentera terbabit namun baru-baru ini jenama pengeluar ekzos, Akrapovic mendedahkan bahawa ZX-25R menghasilkan sekitar 41 hp!

Bagaimanapun, maklumat yang dimuat naik ke laman sesawang Akrapovic itu telah pun diturunkan.

Persoalannya, apakah harga yang akan ditawarkan untuk pasaran Indonesia tatkala model tersebut dilaporkan mencecah sekitar NZD16,000 (RM43,943) di New Zealand.

Pada masa sama, adakah kita akan menyaksikan Kawasaki ZX-25R di pasaran Malaysia?

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan