Bikesrepublic

Honda PCX 2018 Dilancarkan Oleh Boon Siew Honda

  • Boon Siew Honda telah melancarkan skuter Honda PCX 2018.
  • Model terkini menerapkan pelbagai ciri-ciri yang baharu.
  • Honda PCX 2018 telah ditetapkan pada harga RM10,999. dengan 0% GST, tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran.

Seperti yang telah dijanjikan, Boon Siew Honda telah muncul dengan skuter urban Honda PCX 2018.

Model PCX terkini ini menggabungkan rasa mewah, prestasi, kemudahan, keringkasan penggunaan dan kecekapan bahanapi yang sedia ada pada model sebelum ini, beserta dengan pelbagai ciri-ciri terbaru.

Pertama sekali, rupa paras Honda PCX 2018 telah dikemaskini dengan panel badan yang baharu, untuk rupa yang lebih sporty, licik, dan premium. Menyerlahkan lagi rupa paras baharunya itu adalah dua lampu hadapan LED kompak dengan Lampu Nyalaan Siang (DRL). Sebuah lampu belakang LED melengkapkan rekabentuk baharu itu.

Perubahannya bukan sekadar pada bahagian luarannya sahaja, kerana ia juga telah didatangkan dengan kerangka ‘steel duplex cradle’ yang baharu dan lebih ringan, yang mana memberikannya jarak antara roda yang lebih pendek bagi maklum balas yang lebih baik dan pemanduan arah yang dipertingkatkan. Suspensinya juga telah dipertingkatkan dan dengan adanya roda aloi 14 inci yang baharu, 27º ‘rake’ dan 19mm ‘trail’ yang mengghasilkan sebuah tunggangan yang cukup mudah dikawal.

Diredam secara hidraulik, fork teleskopik menangani bahagian hadapannya, manakala penyerap hentakan ‘coil-over’ berganda menyerap hentakan belakang dan unit pemacu ‘swing-mount’.

Ketinggian pelananya adalah pada 764mm, dan pinggangnya yang ramping itu memberikan capaian ke tanah yang mudah untuk memandu arah pada kelajuan yang perlahan.

Bukan skuterlah namanya jika tidak mempunyai ruang simpanan yang besar. Oleh dengan itu, ia datang dengan sebuah ruang simpanan bawah pelana 25 liter. Bukan itu sahaja, pelananya dilengkapi dengan kancing berpegas untuk kemudahan capaian. Kompartmennya mampu memuatkan sebuah helmet ‘full- face’. Terdapat juga kotak sarung tangan di bahagian hadapan yang dilengkapi dengan adaptor 12 volt bagi mengecas peranti elektronik.

Sesuai dengan tema keseluruhannya, Honda juga melengkapkan skuter PCX baharu ini dengan panel instrumen digital sepenuhnya. Ia memaparkan segala data yang diperlukan penunggang seperti speedometer, jam digital, odometer, penunjuk ‘Idling Stop System’, amaran pertukaran minyak pelincir (penyelenggaraan), tolok bahanapi, dan penunjuk penggunaan bahanapi.

Honda PCX ini juga telah menetapkan aras baharu bagi tahap ekonomi bahanapi. Pertama sekali, sistem suntikan bahanapi elektronik PGM-Fi skuter ini mengagihkan jumlah berkala tepat bahanapi untuk prestasi dan ekonomi bahanapi yang optimum. Seterusnya, ‘Idling Stop System’, yang mula diperkenalkan dalam negara kita pada model PCX yang pertama. Sistem suntikan bahanapi skuter ini akan menghentikan pengagihan bahanapi dan enjin selepas melahu selama tiga saat sementara keseluruhan sistem elektrikalnya masih lagi berfungsi. Enjin akan hidup semula sewaktu penunggang memulas pendikitnya, Honda mendakwa bahawa kadar kecekapan bahanapi bagi model PCX baharu ini boleh mencapai sehingga 51.2km/l dengan aktifnya ‘Idling Stop System’ ini. Dengan ini, anda boleh harapkan jarak yang lebih baik dengan tangki bahanapi 8 liternya itu.

Skuter Honda PCX ini dijana oleh sebuah enjin 149cc, satu silinder, SOHC, sejukan cecair, empat lejang, dengan gerek dan lejang sebesar 57.3mm dan 57.91mm. Enjinnya menghasilkan sehingga 14.5hp (10.8kW) pada 8,500rpm dan 13.6Nm tork pada 6,500rpm.

Jumlah kuasanya diagihkan melalui transmisi ‘Honda V-Matic Dry-Type Automatic Centrifugal Clutch’ ke roda belakangnya. Transmisi ini telah diolah semula bagi meluaskan jarak nisbah gear, dan dengan itu memberikan pemecutan yang lancar dan lebih bertenaga dari jangkauan tengah ke tinggi, yang menjadikannya cukup ideal untuk sewaktu cubaan memintas.

Turut diperkenalkan adalah ‘SMART Key System’, yang menerapkan sistem pemulaan enjin tanpa kunci, nyah-kecurian, dan ciri ‘answer-back’.

Model Honda PCX 2018 ini telah ditawarkan dalam skema warna Pearl Metalloid White yang popular, di samping warna baharu, Euphoria Red Metallic dan Radiate Grey Metallic.

Boon Siew Honda telah menetapkan harganya pada RM10,999 dengan 0% GST, tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan