Bikesrepublic

Honda EX5 – Raja Motosikal Kapchai Malaysia

 

 

  • Honda EX5 telah menikmati kejayaan yang amat besar untuk 30 tahun yang lalu semenjak ianya diperkenalkan di negara kita.
  • Dengan keperluan negara yang sentiasa bertambah untuk sejenis bentuk pengangkutan yang gagah, boleh diharap dan juga mampu dimiliki, motosikal EX5 telah membuktikan dirinya sebagai kuasa pendorong  utama di dalam Malaysia.
  • Hingga hari ini, telah terdapat lebih daripada 2 juta buah Honda EX5 yang telah dikeluarkan serta sejarah dan gayanya  telah menambat hati ramai orang terutamanya di dalam negara kita ini.

Kebanyakan pengeluar motosikal mempunyai satu model yang tertentu yang mereka amat banggakan atau gemari. Berdasarkan beberapa sebab yang berbeza dari motosikal yang berteknologi tinggi hinggalah ke jumlah jualannya, sudah pasti akan terdapat satu model motosikal yang tertentu yang membantu melonjakkan nama mereka dalam industri permotoran.

Bagi Boon Siew Honda (BSH), salah sebuah motosikal kesayangan yang juga telah meninggalkan kesan yang mendalam di Malaysia sudah semestinya motosikal Honda EX5. Semenjak BSH membuat kemunculannya di dalam negara selepas kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957, perkembangan mereka telah melahirkan Honda EX5 30 tahun yang kemudian pada tahun 1987.

 

Iklan Boon Siew Honda dari zaman 1980-an

Motosikal EX5 telah dibangunkan dengan menggunakan satu rekaan yang telah diterima oleh orang ramai, digabungkan dengan enjin yang kekar serta tahan lasak. Ianya tidaklah mengejutkan yang Honda EX5 ini menjadi rebutan ramai orang Malaysia dalam sekelip mata yang ternanti-nantikan satu bentuk pengangkutan yang bukan sahaja boleh diharapkan, malah ianya juga amat bergaya dan juga mudah untuk diselenggara.

Pada permulaannya, motosikal SOHC 97cc (yang juga dikenali sebagai Honda C100EX) dengan pantas sekali menjadi kegemaran di Malaysia dan juga negara Thailand. Model yang sama ini menjadi teramat popular hinggakan Honda Japan mula mengimport Honda EX5 (yang juga dkenali sebagai Honda Dream di Thailand) ke negara-negara lain pada tahun yang berikutnya.

Bagi kebanyakan orang di negara-negara ASEAN, Honda EX5 ini kekal sebaga sebuah motosikal cub dengan rekaan yang malar segar dengan peralatan yang boleh diharap yang telah pun terbukti berulang-ulang kali. Motosikal EX5 ini telah menakluki ujian-ujian berkenaan sejak 30 tahun yang lalu dengan gemilangnya.

Pada 1993, Honda EX5 telah menjadi motosikal yang terlaris di Malaysia. Penghormatan ini masih lagi kekal sehingga hari ini dan untuk sebab yang demikianlah motosikal Honda EX5 ini telah digelar “Raja Kapchai Malaysia”. Dari kali pertama ianya dikeluarkan dari kilang, BSH telah pun menjual melebihi 2 juta unit EX5 dalam jangka masa 26 tahun pengeluarannya sejak 1987.

Motosikal Honda EX5 yang terakhir (model ke-2,051,530) yang dikeluarkan dari kilang.

Pada 2013, Boon Siew Honda telah mengeluarkan Honda EX5 Dream 100 mereka yang terakhir sekali (model nombor 2,051,530) namun, di atas sebab popularitinya, kekuatan namanya dan permintaan yang sentiasa meningkat dalam pasaran, BSH menggantikannya dengan versi yang diperkemaskini dan lebih moden, Honda EX5 Dream 110.

Beberapa ciri-ciri yang telah diperkenalkan oleh BSH dalam EX5 yang baru ini termasuk enjin 110cc yang patuh piawaian Euro2, dengan 11% lebih kuasa beserta dengan kecekapan bahanapi yang lebih baik daripada sebelum ini. Beserta dengan tangki bahanapi yang lebih besar, tayar yang lebih lebar, pelana yang direka baru, dan pakej suspensi yang diperingkatkan, EX5 ini terus menjadi motosikal pilihan Malaysia atas sebab usaha BSH dalam mengekalkan motosikal cub ini sebagai pilihan yang terbaik dari segi kemampumilikan, keselesaan, dan juga kekukuhan.

Motosikal cub ini meneruskan evolusi yang berterusan merentasi tahun dan ianya termasuklah dengan tindakan ke arah ‘Programmable Fuel Injection (PGM-Fi) Honda, enjin patuh Euro-3, sijil perakuan kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicle – EEV) dan pelbagai lagi. Berdasarkan fakta ini, orang ramai sedar akan usaha yang telah diambil oleh BSH bagi menyediakan motosikal mereka yang terbaik untuk orang ramai.

Pada bulan Jun 2017, BSH telah memperkenalkan varian Honda EX5 Dream mereka yang terkini dengan sijil perakuan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), bersempena dengan ulangtahun ke-30 motosikal cub berkenaan bersama dengan cogan kata “The Joy of 30 Years”.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Honda EX5 Dream Fi ulangtahun ke-30 2017, TEKAN SINI.

Sejak wujudnya EX5 dengan suntikan bahanapi dan enjin yang patuh Euro-3, motosikal cub ini terus menginovasi dan menginspirasi orang ramai di Malaysia. Secara keseluruhannya, ianya tidak dapat ditidakkan lagi betapa EX5 telah menawan hati orang Malaysia dengan juga telah menjadi kuasa pendorong utama yang memacu negara selama ini.

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang sejarah Boon Siew Honda? TEKAN SINI!

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan