Bikesrepublic

Honda CBR650R 2019 Diperkenalkan Di EICMA 2018

  • Motosikal Honda CBR650R 2019 telah membuat kemunculannya sewaktu acara EICMA 2018.
  • Honda telah melucutkan designasi “F”-nya dan menjadikan motosikal ini lebih agresif.
  • Kami harap yang Honda dapat mengekalkan harga motosikal baharu ini seperti model CBR650F.

Motosikal Honda CBR650R 2019 telah didedahkan selepas kemunculan model CB650R Neo Sport Café di acara EICMA 2018.

Honda telah melucutkan designasi “F” bagi model 650cc tahun 2019, bagi untuk menjadikannya kurang mengelirukan. Namun, ianya bukan sekadar perubahan nama.

Kami telah menunggang uji pendahulunya pada awal tahun ini. Kami menganggapnya sebagai sebuah jentera yang menggabungkan ciri-ciri terbaik dua dunia yang memberikannya perwatakan motosikal lumba dengan kebolehan praktikal sebuah jentera tunggangan harian.

Tunggang Uji Honda CBR650F 2018 Antara Dua Dunia

Motosikal baharu ini meneruskan legasi tersebut, tetapi, Honda telah mengemaskininya dengan pelbagai perincian yang baharu.

Bermula dari enjinnya, enjin empat selari, DOHC, 650cc tahun 2019 tersebut menyaksikan pengemaskinian yang mirip seperti model CB650R. Pengemaskiniannya termasuklah rombakan pada enjin, penggunaan bahanapi (ECU), dan had kitaran yang lebih tinggi. Rombakan ini membuahkan hampir 5% peningkatan kuasa (dari 90hp ke 95hp) dan meningkatkan agihan tork. Selain itu, beratnya telah dikurangkan sebanyak 6kg. Ini memberikannya peningkatan sebanyak 8% bagi nisbah kuasa-ke-berat.

Posisi menunggang bagi motosikal tahun 2019 ini tampak lebih agresif. Palang pemegang ‘clip-on’ telah digerakkan sebanyak 30mm ke hadapan dan direndahkan. Tempat letak kaki digerakkan 3mm ke belakang dan 6mm lebih tinggi. Ketinggian pelana kekal pada kedudukan 810mm yang selesa.

Model CBR650R 2019 ini tampil dengan penggayaan baharu yang tampak saling tidak tumpah seperti saudaranya yang lebih besar, CBR1000RR.

Kami berpendapat yang motosikal CBR650R 2019 ini akan mengisi ruang kosong yang telah ditinggalkan oleh model Honda CBR650RR. Honda sudah pasti telah mempunyai satu tawaran yang amat menggiurkan sekiranya mereka dapat mengekalkan harga model CBR650R 2019 ini dalam julat harga model CBR650F 2018.

Dan alangkah baiknya jika ianya juga dilengkapi dengan kelengkapan quickshifter.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan