Bikesrepublic

Honda CBR1000RR Fireblade Baharu Bakal Tampil Dengan Kuasa Yang Lebih Besar?

Imej hasilan komputer sebuah Honda CBR1000RR – Sumber imej: MCN
  • Motosikal Honda CBR1000RR Fireblade telah dikritik oleh pasukan dan penggemar perlumbaan atas kerana kekurangan kuasanya dalam kelas terbuka.
  • Khabar angin telah tersebar mengatakan Honda sedang membangunkan sebuah enjin V-4 bagi motosikal baharu itu.
  • Adakah motosikal yang baharu itu akan tampil dengan lebih banyak kuasa atau Honda akan mengutamakan pengurangan beratnya?

Ianya mungkin sekali kerana kemajuan para pesaingnya atau pun falsafah pengeluarnya sendiri, namun, apa pun jua sebabnya, agak pelik sekali untuk melihat model Honda CBR1000RR Fireblade ditinggalkan jauh di belakang buat sekian lama. Lebih mesra dikenali sebagai “Rabbit” di kalangan peminat tempatan, ianya masih lagi amat popular di kalangan pelumba.

Honda CBR1000RR 2017

Ironik bukan? Kerana pendahulunya, motosikal CBR900RR Fireblade yang telah diperkenalkan pada tahun 1992, merupakan cetakan biru bagi pembinaan motosikal superbike. Ia jauh lebih laris berbanding motosikal lumba yang lain sehinggalah Yamaha memperkenalkan model YZF-R1 pada tahun 1998. Ya, lebih ramai yang memilih CBR900RR walaupun Ducati menguasai pertandingan WorldSBK dengan model 906 mereka dari tahun 1994.

Namun kini dengan model CBR1000RR yang telah layak bertanding dalam perlumbaan Superbike (berasaskan pengeluaran), ianya telah ditewaskan oleh pesaingnya seperti Kawasaki Ninja ZX-10R dan BMW S 1000 RR.

Pasukan perlumbaan telah merungut mengenai kekurangan kuasa kuda, kelajuan tertinggi, dan cengkaman bahagian hadapan di selekoh berkelajuan tinggi motosikal Honda ini. 187hp adalah satu jumlah yang cukup membanggakan lima tahun yang lalu, tetapi kini, ianya jauh ketinggalan di belakang. Dengan model Fireblade semasa yang telah diperkenalkan pada tahun 2016, Ketua Projek, Masatoshi Sato, berkata, “Kami boleh melengkapi motosikal ini dengan 200hp dengan mudah; kami boleh berikannya sehingga 300hp jika kami mahu, namun, kami rasa orang ramai lebih mahukan sebuah jentera yang lebih ringan.”

Honda CBR1000RR Fireblade tahun 1992

Begitu rupanya. Ini bermakna pasukan pembangunannya mengikuti konsep asal CBR900RR; “light is right”. Benar, motosikal ini hanyalah seberat 205kg sahaja, hanya 2kg lebih berat dari model Honda CBR600F2 pada waktu itu. Motosikal 1000cc yang paling ringan pada waktu itu (Yamaha FZR1000) adalah 34kg lebih berat darinya.

MCN telah melaporkan yang kuasa kuda lebih mungkin sekali akan dilengkapkan pada motosikal CBR1000RR yang baharu, yang akan diperkenalkan sewaktu pertunjukan motosikal EICMA pada lewat tahun ini.

Desas desus kehadiran sebuah enjin V-4 terus hangat diperkatakan, walaupun Honda sendiri masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya. Ia juga telah dikatakan bahawa aerodinamik motosikal yang baharu ini mungkin akan menerapkan pembangunan yang diperolehi dari MotoGP.

Buat masa ini, kita hanya mampu menunggu sahaja sebarang perkembangan terkini mengenai “Si Arnab” ini.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan