Bikesrepublic

Honda CB125X Concept – Masa Depan Motosikal Adventure-Touring?

 

  • Sewaktu EICMA 2018, Honda Europe telah memperagakan model Honda CB125X Concept, sebuah motosikal kembara berkapasiti kecil generasi seterusnya.
  • Motosikal Honda CB125X Concept menampilkan rupa bentuk yang amat kemas dengan suntikan besar pengembaraan, rupa bentuk agresif, dan kedinamikan.
  • Cirinya yang paling menonjol selain daripada reka bentuk keseluruhannya adalah ekzos SC-Project dan lampu hadapan ganda tiga.

Terdapat pelbagai motosikal yang cukup menarik perhatian telah diperagakan dan dipersembahkan sepanjang tempoh acara EICMA 2018 di Milan, Itali pada minggu lalu. Dalam pelbagai motosikal pengeluaran elit akan datang yang ada, terdapat beberapa buah jentera konsep yang telah mengangkatnya ke satu tahap yang lebih tinggi. Salah sebuah daripadanya sudah semestinya model Honda CB125X Concept, dan ianya benar-benar mengagumkan.

Bertapak di “Design Studio of Honda”, pusat kajian dan pembangunan berprestij mereka di Rom telah memperagakan kedua-dua model Honda CB125X Concept, sebuah motosikal kembara berkapasiti kecil, beserta dengan sebuah jentera naked, Honda CB125M.

Diilhamkan dari asas yang sama seperti motosikal Honda CB125R 2018 (sebuah motosikal 125cc yang mendapat pujian ramai di Eropah), model CB125X ini secara ringkasnya merupakan “gabungan pelbagai permukaan pejal dan garisan yang diukir yang menggambarkan dunia sains fiksyen.”

Dengan garisan kemas yang memperagakan ketangkasannya, model Honda CB125X ini menawarkan posisi yang lebih condong ke hadapan yang memberikannya rupa bentuk yang amat agresif dan pada masa yang sama, dinamik,lebih-lebih lagi dengan adanya pelana dan kerangkanya yang inovatif itu. Kemasan warna putih keseluruhannya tidak syak lagi telah memberikannya tarikan yang futuristik dan pada masa yang sama mampu dikecapi, yang mana kami rasa akan menyemarakkan semangat pengembara muda dalam dunia permotoran.

Terdapat dua ciri khusus yang paling kami sukai pada motosikal Honda CB125X Concept ini, yang mana ianya adalah atur cara lampu hadapan ganda tiga, dan ekzos daripada SC-Project yang menyerikan lagi jentera kembara yang amat kami dambakan ini.

Tiada sebarang berita lagi mengenai sama ada motosikal Honda CB125X Concept ini akan dikilangkan, tetapi, sekiranya ianya menjadi kenyataan, kami amat pasti yang akan adanya satu barisan panjang di luar bilik pameran Honda TERUTAMANYA bagi model 250/300cc. Tunaikanlah impian kami Honda!

Honda CB650R 2019 Melengkapkan Rangkaian Neo Sports Café

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube