Bikesrepublic

Honda CB1000R 2018 Terbaru – Kini Lebih Hebat Lagi

  • Honda Motorcycles telah melancarkan motosikal ‘streetfighter‘ terbaru mereka dalam bentuk Honda CB1000R 2018 terbaru semasa pertunjukan EICMA 2017 di Milan baru-baru ini.
  • Motosikal CB1000R terkini itu dilengkapi dengan enjin empat selari, 1,000cc, patuh Euro4 yang sama boleh didapati pada motosikal Honda CBR1000RR Fireblade.
  • Di antara ciri-ciri lain yang terdapat pada motosikal ini adalah klac ‘slipper-and-assist‘, “Ride-by-Wire”, kawalan cengkaman, pemetaan kuasa boleh pilih, kawalan pembrekan enjin, suspensi Showa boleh laras sepenuhnya, dan pelbagai lagi perincian.

 

Apakah yang akan terjadi apabila Honda mengambil sebuah motosikal konsep yang cantik dan menukarnya kepada sebuah motosikal pengeluaran penuh? Kami telah mendapat jawapannya di depan mata sendiri apabila mereka memperkenalkan motosikal ‘streetfighter‘, Honda CB1000R 2018 terbaru yang telah mengambil ilham daripada motosikal konsep, Honda Neo Sports Cafe.

Sewaktu pengeluar yang lain mengikut arus dengan menghasilkan motosikal yang baru dengan prestasi hebat dengan rupa luaran yang moden dan ranggi, Honda sebaliknya telah mengambil jalan yang sebaliknya dengan memberikan motosikal mereka rupa luaran yang klasik dan penuh bergaya. Hasilnya? Motosikal Honda CB1000R 2018 ini kelihatan amat memukau.

https://youtu.be/pmukC-j0Yks

Memperagakan daya tarikan yang malar segar dan kemas, motosikal Honda CB1000R 2018 ini amat menggiurkan serta berkuasa. Berselindung di sebalik rupa parasnya yang licik itu adalah enjin empat selari 1,000cc, patuh Euro4 yang sama boleh didapati pada motosikal Honda CBR1000RR Fireblade tetapi telah ditala semula supaya lebih mesra jalan raya.

Jika dibandingkan dengan generasi sebelumnya, model bagi tahun 2018 ini menghasilkan sehingga 143hp dan 104Nm tork maksima. Peningkatan kuasa kudanya sebanyak 20hp itu sudah cukup untuk memberikan keterujaan buat sesiapa sahaja yang berani untuk memulas pendikitnya.

Bagi memastikan keseluruhan kuasa kudanya itu tidak dipersiakan, motosikal CB1000R 2018 ini dilengkapi dengan klac ‘slipper-and-assist‘ untuk pemacuan yang optimum ke roda belakang. Terdapat juga sistem pendikit “Ride-by-Wire”, di mana anda dapat memilih di antara tiga pemetaan pendikit yang mempunyai perbezaan yang ketara.

Ciri-ciri premium yang lain adalah seperti kawalan cengkaman, pemetaan kuasa boleh pilih, kawalan pembrekan enjin, dan pelbagai lagi perincian premium yang juga boleh didapati pada motosikal Honda CBR1000RR Fireblade atau juga dikenali sebagai “Honda’s crotch rocket”.

 

Ke semua kuasa, daya kilas, dan kelengkapan elektroniknya itu pasti sia-sia sahaja tanpa atur cara casis yang sesuai. Kerangka keluli serba baru yang dilengkapkan dengan sepasang fork “Separate Function Big Piston” Showa yang mengendalikan tekanan pada bahagian hadapan manakala sebuah penyerap hentakan Showa telal melengkapi bahagian belakangnya. Seperti motosikal Fireblade, kedua-duanya boleh dilaras sepenuhnya.

Tiada lagi khabar akan bila ia akan mula dijual, mahu pun harga yang akan ditetapkan, tetapi, apa yang pasti; ianya sebuah motosikal ‘streetfighter‘ yang amat mengagumkan.

 

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan