Bikesrepublic

Himpunan 2 Roda 2018 (H2R) Berlangsung Esok Di MAEPS Serdang!

  • Himpunan 2 Roda 2018 atau pun singkatannya, H2R, akan berlangsung esok di MAEPS Serdang.
  • Dengan sokongan SPRM, lebih daripada 70 buah kelab motosikal dari seluruh Malaysia akan turut serta dalam acara ini bagi membanteras rasuah.
  • Hadirin dijangka akan membanjiri acara ini dalam jumlah ribuan, di mana akan adanya pertunjukan motor, persembahan, dan aktiviti ria untuk seisi keluarga (masuk adalah PERCUMA!).

 

Himpunan 2 Roda 2018 (H2R) akan berlangsung esok di MAEPS Serdang. Perhimpunan ini diadakan dengan sokongan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan matlamat untuk mempromosikan komuniti permotosikalan yang selamat dan sihat di samping mencegah rasuah melalui kesedaran dan pendidikan.

Lebih daripada 70 buah kelab motosikal dari seluruh negara akan menyertai acara ini esok yang bertempat di Parking Lot A1 di dalam kawasan MAEPS yang begitu besar itu. Berlangsung dari jam 9 pagi hingga 6.30 petang, akan ada pelbagai aktiviti yang mengujakan dan menyeronokkan bagi ahli kelab motosikal dan juga untuk seluruh isi keluarga.

Selain daripada mempromosikan negara yang bebas rasuah menerusi penunggang motosikal, acara ini juga turut disokong oleh badan-badan kerajaan yang lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Aturcara program ini terdiri daripada pertunjukan motor, persembahan daripada artis terkenal tempatan, cabutan bertuah, permainan, dan bermacam-macam lagi. Tarikan utama yang paling penting dalam acara ini adalah pelancaran rasmi “Street Warriors Against Corruption (SWAC) dan juga kempen “3J Revolution”, di mana lebih daripada 10,000 peminat sukan permotoran akan berikrar untuk membanteras rasuah.

Jadi, sekiranya anda ada rancangan untuk keluar menunggang bersama-sama teman pada hari esok, pastikan anda membuat hentian di MAEPS Serdang untuk bersama menikmati keseronokan sepanjang hari dengan penggemar motosikal yang lain dalam arena motosikal negara. Masuk adalah PERCUMA! Dan jangan lupa untuk mendaftar bagi cabutan bertuah.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube