Bikesrepublic

Ducati MIG-RR Kini Boleh Didapati Di Eropah

  • Basikal ‘mountain bike’ elektrik Ducati MIG-RR kini boleh didapati di pasaran Eropah.
  • Ianya telah dihasilkan melalui satu usahasama antara Ducati dan Thok E-bikes.
  • Ia dilengkapi dengan komponen berteknologi terkini.

Pada waktu kita sedang menantikan kemunculan motosikal elektrik pertama Ducati, pengeluar berkenaan sebaliknya telah melancarkan basikal ‘mountain bike’ elektrik yang diberi nama MIG-RR.

Ducati percaya yang mereka sedang menceburi sebuah segmen yang sedang berkembang pesat. Dan oleh kerana ianya basikal ‘mountain bike’, penunggangnya boleh membawa basikal tersebut menjelajahi kawasan dan muka bumi yang sukar dicapai.

Basikal MIG-RR telah dibangunkan dengan kerjasama antara Ducati dan Thok E-bikes. Thok adalah pakar basikal ‘mountain bike’ dan BMX. Pusat Reka Bentuk Ducati dan Drudi Performance milik Aldo Drudi juga turut terlibat dalam projek ini. Nama Drudi ini tidak asing lagi bagi para penggemar motosikal kerana mereka adalah pereka helmet bagi Valentino Rossi dan juga telah mereka helmet-helmet yang lain.

Basikal ini adalah pengemaskinian bagi rangkaian basikal ‘mountain bike’ Thok semasa, dan dengan itu, ianya telah dilengkapi dengan komponen terkini dalam dunia basikal MTB.

Komponen:

  • Fork Fox 36 Float dengan ruang gerakan 170mm.
  • Penyerap hentakan Fox DPX2 Factory Series dengan ruang gerakan 160mm.
  • Palang pemegang karbon fiber Renthal.
  • Tiang pelana Dropper.
  • Angkup brek hidraulik 4 omboh Shimano Saint.
  • Set gear 11 kelajuan Shimano XT.
  • Roda hadapan 29 inci Mavic.
  • Roda belakang 27.5 inci Mavic.

Untuk pacuannya, basikal dilengkapi dengan motor pacuan tengah 250 Watt Shimano Steps yang menghasilkan 70Nm tork. Dengan beratnya hanya 2.8kg, ianya antara basikal elektrik paling ringan dalam pasaran. Menjana basikal ini adalah bateri 504 Watt-hour.

Basikal ‘mountain bike’ Ducati MIG-RR ini telah ditetapkan pada harga €6,250.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan