Bikesrepublic

Dainese Bakal Dijual?

  • Khabar angin yang mengatakan Dainese bakal dijual telah bertiup kembali.
  • Pakar kelengkapan penunggangan premier dari Itali itu kini adalah milik Investcorp.
  • Syarikat pelaburan itu dikatakan mahu wang tunai bagi 80% saham mereka dalam jenama berkenaan.

Khabar angin yang mengatakan Dainese bakal dijual telah mula tersebar semula.

Jenama premier dari Itali itu kini merupakan milik Investcorp, sebuah syarikat pelaburan dari Bahrain. Mereka memegang saham majoriti dalam Dainese S.p.A. dan menurut khabar angin, sedang mencari pembeli untuk saham mereka.

Investcorp juga dikatakan telah mendapatkan khidmat syarikat pengurusan aset, Lazard. Dan dengan itu, Lazard akan memulakan pencarian pembeli untuk 80% saham Investcorp dalam Dainese.

Sama ada benar atau pun tidak, ianya masa yang tepat bagi Investcorp untuk mendapatkan pulangan saham mereka. Syarikat berkenaan telah mengangkat jenama berkenaan ke satu aras yang baharu, meraih keuntungan yang lebih tinggi sejak mereka mengambil alih jenama berkenaan pada tahun 2014.

Sebelum penglibatan Investcorp, kadar keuntungan Dainese pada tahun 2013 adalah pada € 117 juta. Ia meningkat kepada € 187.4 juta pada tahun 2017, menghapuskan kebimbangan awal yang jenama berkenaan telah menjadi mangsa pengejar keuntungan. Jumlah pekerja juga telah meningkat dari 609 ke 757 pada bulan Mac 2018. Syarikat berjaya memperoleh € 30 juta (pendapatan sebelum faedah, cukai, depresiasi dan pembayaran hutang) bagi tahun 2018 dan dijangka akan bertambah menjadi € 35 juta menjelang hujung tahun ini.

Dan dengan itu, syarikat ini boleh dinilaikan pada setengah billion Euro.

Pengasasnya, Lino Dainese, memegang baki saham dan kekal sebagai Presiden, manakala Cristiano Silei mengambil alih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dari tahun 2015.

Semenjak itu, Lino Dainese telah menubuhkan D Airlab, khusus bagi mengkaji aplikasi teknologi D-Air, bukan sahaja, bagi penunggang motosikal, tetapi untuk aplikasi yang lain juga seperti aeroangkasa, keselamatan pekerja, pelayaran, dan warga emas.

ESA adalah singkatan bagi “European Space Agency”

Dainese juga telah meneruskan usahasama mereka bersama Pasukan Trauma di Hospital Niguarda Ca’Granda di Milan sebagai sebahagian daripada Program Kajian Lanjutan Dainese (Dainese Advanced Research Program). Program ini menganalisis kesan kemalangan motosikal bagi memperbaiki reka bentuk kelengkapan perlindungan.

Sut angkasa Dainese untuk misi Marikh

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube