Bikesrepublic

BMW S 1000 RR 2019 Akan Datang Dengan Teknologi MotoGP?

  • BMW S 1000 RR 2019 dikatakan bakal dilengkapi dengan beberapa buah teknologi berilhamkan MotoGP yang cukup menarik sekali.
  • Tiada sebarang khabar lagi mengenai motosikal superbike BMW generasi seterusnya namun ketua pasukan Gulf Althea BMW Racing Team telah mengesahkan bahawa mereka mungkin akan memperolehinya untuk musim yang akan datang.
  • Ada desas desus mengatakan yang ianya akan bercirikan aci engkol berputar melawan arah (counter-rotating crankshaft) seperti dalam jentera MotoGP, kelengkapan elektronik dikemaskini, dan peningkatan kuasa.

Saban tahun, dunia motosikal superbike semakin canggih, dan setiap pengeluar di seluruh dunia sedang bersiap sedia bagi mengeluarkan motosikal lumba berinspirasikan perlumbaan generasi berikutnya. BMW Motorrad tiada bezanya dan kini, motosikal BMW S 1000 RR generasi seterusnya mungkin sekali model terbaik mereka setakat ini.

Pada waktu ini, ianya setakat khabar angin dan desas desus sahaja yang tersebar di atas talian mengenai model BMW S 1000 RR, tiada lagi berita dari sumber yang sah. Namun, pasukan perlumbaan WorldSBK, Gulf Althea BMW Racing Team teah menyatakan bahawa mereka akan menggunakan jentera 2019 yang baharu bagi musim 2019. Sudah pasti ini satu berita yang cukup mengujakan.

Ketua pasukan, Genesio Bevilacqua baru-baru ini telah mengesahkannya dalam satu temuramah bersama GPOne dan telah menyatakan beberapa perkara mengenai penerusan usahasama perlumbaan mereka bersama dengan pengeluar dari Jerman itu. Ini adalah kerana jentera BMW S 1000 RR 2019 yang baharu hanya akan boleh diperolehi mereka pada bulan Februari yang akan datang, yang mana merupakan satu tempoh yang singkat sebelum perlumbaan pembukaan musim tersebut.

Dengan erti kata lain, motosikal superbike BMW yang baharu sedang dibangunkan dan disediakan buat para penggemarnya, tetapi, mereka mungkin terpaksa mempercepatkannya sekiranya mereka bercadang meneruskan pelibatan mereka dalam siri perlumbaan WorldSBK (seelok-eloknya sewaktu sesi ujian pasca dan pra musim).

Selain itu, tiada khabar lain mengenai, kecuali untuk satu berita yang amat menarik sekali. Jentera 2019 dikatakan akan menggarapkan kelengkapan berilhamkan perlumbaan, aci engkol berputar melawan arah (counter-rotating crankshaft). Teknologi berasaskan MotoGP ini jarang dijumpai pada jentera dan motosikal kegunaan jalan raya, dan motosikal seperti Ducati Panigale V4 baru sahaja menerapkannya dalam jentera mereka.

Kelengkapan teknologi yang mengagumkan ini membantu dalam meningkatkan tahap kelincahan keseluruhan motosikal dan juga kebolehan menukar arah dengan cekap sekali. Aci engkol berputar melawan arah ini menghasilkan daya kilas (tork) yang juga membantu dalam memastikan bahagian hadapan kekal di atas jalan raya sewaktu pemecutan, dan mengurangkan lompatan roda belakang sewaktu membrek dengan keras.

Kemaskini lain yang dijangkakan adalah seperti pakej elektronik serba baharu dan penambahan kuasa yang ketara buat enjin 4 silinder selari 4 lejang sejukan cecair 999cc yang ternyata hebat itu, yang mana telah menghasilkan sejumlah 199hp dan 113Nm tork.

Para pakar juga mengandaikan yang teknologi yang telah diterapkan pada jentera teramat hebat BMW HP4 Race akan turut dilengkapkan pada model BMW S 1000 RR generasi berikutnya ini. Model terkini ini dijangka akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini semasa acara tahunan EICMA 2018. Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini segenap dunia permotoran.

https://www.bikesrepublic.com/2018/06/11/sepuluh-inovasi-yang-dipelopori-bmw-motorrad/

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan