Bikesrepublic

Bajaj Auto Ltd. Bakal Memperluaskan Lagi Pasaran Mereka

  • Bajaj Auto Limited sedang berusaha keras bagi menguasai segmen tahap permulaan dan 110 – 150cc.
  • Mereka akan melakukannya dengan menawarkan motosikal mereka pada harga yang murah.
  • Kadar harga yang lebih rendah juga bermakna margin keuntungan yang lebih rendah namun Bajaj berharap dapat menanganinya melalui jumlah yang dijual.

Walaupun usaha Bajaj Auto Ltd. untuk meluaskan lagi pasaran telah menelan margin keuntungan mereka, pengeluar keenam terbesar dunia, dan kedua terbesar di India itu tidak gentar.

Bajaj berusaha untuk meluaskan lagi saham mereka dalam pasaran motosikal di India melalui kadar harga produk yang agresif, menurut laporan Mint. “Kadar harga produk yang agresif” ini boleh ditafsirkan sebagai motosikal paling murah di India.

Persaingan bagi jualan motosikal dijangka akan memuncak dalam masa beberapa bulan ini dengan musim perayaan yang akan tiba. Kepesatan ketara paling banyak dijangka akan datang dari kawasan luar bandar di mana sentimen perbelanjaan pengguna kini sedang meningkat.

Bajaj sedang berusaha meluaskan lagi pasaran dalam segmen 110 – 150cc, di samping segmen tahap permulaan bawah 100cc, ujar Kevin D’Sa, Presiden Kewangan Bajaj. Syarikat itu berhasrat untuk mencapai saham pasaran domestik sebanyak 20% pada tahun fiskal ini dan mensasarkan 25% sebagai matlamat jangka panjang mereka.

“Kami ingin memperluaskan lagi bahagian bawah piramid ini dan mengambil saham segmen tahap permulaan ke 45% – 50% dari 33% yang sedia ada,” ujar Kevin, yang turut menambah bahawa motosikal 110 – 150 yang baharu dijangka akan diperkenalkan pada suku akhir tahun fiskal ini.

Menurut Society of Indian Automobile Manufacturers (SIAM), saham pasaran Bajaj Auto Ltd. dalam tiga bulan berakhir Jun lalu telah berkembang kepada 16.27%, dari 13.96% pada tahun lalu.

Rancangan Bajaj untuk menakluki kedua-dua segmen itu sudah pasti akan menjengkelkan pesaing mereka, Hero MotoCorp Ltd., Honda Motorcycle dan Scooter India Pvt. Ltd. serta TVS Motor Co. Ltd., yang telah kehilangan sejumlah kecil saham pasaran pada suku yang lalu ke Bajaj.

Para pelabur kecewa dengan pengumuman keuntungan yang lebih rendah dari dijangkakan pada suku Jun Bajaj Auto (akibat margin keuntungan yang lebih rendah). Mereka menjangkakan trend menurun dalam margin keuntungan untuk enam hingga lapan suku seterusnya sekiranya tiada potongan harga yang selanjutnya.

Bajaj Auto Ltd. juga merupakan rakan kerjasama teknikal KTM Motorrad AG dalam pembinaan model KTM Duke berkapasiti lebih rendah. Pengeluar India itu juga telah mengeksport model Pulsar NS200, Pulsar RS200, dan Dominar 400 ke Malaysia.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan