Bikesrepublic

Awie Teruskan Konvoi Anti Scam ke Pantai Timur

Legenda rock tanah air, Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman meneruskan konvoi Kempen Pencegahan Jenayah Komersial @ Awie Ride fasa dua ke Pantai Timur bermula hari ini.

Konvoi fasa dua yang disertai 36 penunggang motosikal berkuasa tinggi itu dijadualkan melawati tiga negeri di Pantai Timur melibatkan Kota Bharu, Kelantan; Kuala Terengganu, Terengganu dan Kuantan, Pahang.

Menurut Awie, kempen terbabit bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai risiko penipuan scammer khususnya masyarakat di luar bandar.

“Kita akan menjelajah beberapa negeri untuk fasa dua pada hari ini termasuk menyampaikan ceramah mengenai kesedaran bahaya dan mencegah jenayah scammer ini.

“Berdasarkan pengalaman saya sendiri, sudah banyak kali sindiket ini cuba menipu dan menerima ugutan namun ini risiko yang perlu saya hadapi untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

“Ini merupakan satu tanggungjawab dalam memastikan orang ramai tidak menjadi mangsa penipuan jenayah scam ini,” katanya.

Acara pelepasan peserta konvoi fasa dua itu disempurnakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Mohd. Kamarudin Md Din.

Konvoi fasa pertama bermula pada 19 Julai sehingga 22 Julai lalu meliputi empat negeri di utara semenanjung iaitu Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube