Bikesrepublic

WorldSSP300 – Ana Carrasco Mencipta Sejarah Sebagai Penunggang Wanita Pertama Memenangi Perlumbaan Motosikal World Championship!

  • Perlumbaan WorldSSP300 pada hujung minggu lalu di Portugal menyaksikan Ana Carrasco (ETG Racing) mencipta sejarah sebagai penunggang wanita pertama memenangi perlumbaan motosikal Kejohanan Dunia.
  • Penunggang berusia 20 tahun dari Sepanyol itu bertarung dengan hebat di sepanjang perlumbaan dan berjaya merangkul kemenangannya itu di selekoh terakhir dan melintasi garisan penamat di tempat pertama.
  • Ketika ini, penunggang dari Itali, Alfonso Coppola (SK Racing) masih kekal di kedudukan teratas dengan perbezaan satu mata antaranya dan pencabar terdekatnya, Marc Garcia (Halcourier Racing).

 

Pusingan WorldSBK pada hujung minggu lalu yang diadakan di litar ikonik, Autodromo Internacional do Algarve di Portugal menyaksikan beberapa peristiwa yang bersejarah. Salah satu peristiwa yang paling dikenangi sudah semestinya penamat “photo finish” di penghujung perlumbaan WorldSSP300 di mana penunggang berusia 20 tahun dari Sepanyol, Ana Carrasco, melintasi garisan penamat di tempat pertama. Carrasco mencipta sejarah sebagai wanita pertama memenangi perlumbaan motosikal Kejohanan Dunia.

https://www.facebook.com/MotorcycleNews/videos/1656057174414876/

Mengemudi jentera Kawasaki Ninja 300 yang dibina oleh ETG Racing, ianya perlumbaan 11 pusingan yang hebat dalam siri Kejohanan Dunia FIM Supersport 300. Bermula dari petak ke-tiga, penunggang berusia 20 tahun berasal dari Sepanyol itu memberikan saingan yang hebat sepanjang perlumbaan di mana dia mengekalkan kedudukannya di tiga tempat teratas bersama dengan Alfonso Coppola (SK Racing) dan Marc Garcia (Halcourier Racing), masing-masing di atas jentera Yamaha YZF-R3.

Ianya sewaktu selekoh yang terakhir sekali di mana Carrasco memperoleh kelajuan keluar selekoh yang besar serta dengan bantuan arus gelincir,
penunggang berusia 20 tahun dari Sepanyol itu berjaya merangkul kemenangan sulungnya. Coppola dan Garcia hanya ketinggalan 0.053saat dan 0.062 saat di belakang pemenang perlumbaan. Kemenangan itu menandakan buat kali pertamanya, seorang penunggang wanita memenangi perlumbaan motosikal kejohanan dunia utama.

Carrasco menjadi pemenang ke-lima siri WorldSSP 300 bagi musim 2017 dan kemenangannya itu meletakkanya di tangga ke-lima kedudukan keseluruhan kejohanan. Buat masa ini, penunggang dari Itali, Alfonso Coppola mendahului kejohanan dengan perbezaan satu mata sahaja dengan pencabar terdekatnya, Marc Garcia. Persaingan yang sengit ini dijangkakan akan berterusan sehingga ke penghujung musim ini.

Sumber: WorldSBK

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube