Bikesrepublic

Aidilfitri 2022 Bakal Undang 4.7 Juta Kenderaan Di Jalan Raya – JSPT

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menjangkakan sebanyak 4.7 juta kenderaan akan memenuhi jalan raya sempena perayaan Aidilfitri.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim yang turut mengesahkan bahawa pihaknya akan menggerakkan 6,559 pegawai dan anggota trafik bagi memastikan kelancaran pengguna jalan raya.

“Cuti raya pada tahun ini agak panjang dan dijangka masyarakat akan mengambil peluang untuk beraya di kampung setelah dua tahun kita tidak dibenarkan untuk merentas negeri bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri susulan COVID-19,” jelasnya.

Pada masa sama, JSPT juga akan melancarkan Ops Selamat 18 bermula 29 April hingga 8 Mei yang akan memfokuskan pencegahan jenayah pecah rumah dan minimumkan kemalangan jalan raya.

“Dalam Op Selamat 18 ini, JSPT akan memberi fokus terhadap Op Motosikal, Op Had Laju dan Op Perdagangan yang akan dijalankan secara penguatkuasaan menyeluruh dengan tiada sebarang rayuan akan diterima bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang ditetapkan,” tambah Mat Kasim. – BH

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan