Bikesrepublic

2016 Honda BeAT dilancarkan di Pusanika, UKM

dsc_0237

Boon Siew Honda Sdn Bhd baru sahaja melancarkan skuter terbaru mereka iaitu Honda BeAT di Pusanika, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebentar tadi.

dsc_0201

Skuter keluaran terbaru dari Honda ini merupakan skuter pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan “Energy Efficient Vehicle” (EEV). Ini bermakna skuter ini amat mesra alam dan dapat menjimatkan penggunaan petrol.

dsc_0262

Dengan rekabentuk yang moden dan juga menarik, ia pasti akan mendapat sambutan dari golongan muda terutamanya pelajar-pelajar dan juga individu lain yang ingin membeli motorsikal pertama mereka.

dsc_0108

Meter gaya “sporty” yang terdapat pada Honda BeAT ini juga mempunyai indikator ECO dimana ianya memastikan penunggang dapat membawa motorsikal dengan efisien dan juga jimat petrol. Motor ini agak ringan hanya dengan keberatan 94kg sahaja. Ini bermakna skuter ini amat senang dan selesa untuk ditunggang.

mastered_honda_beat_launch_-25

Jenis enjin yang terdapat pada skuter ini ialah 108.2cc 4 lejang SOHC dengan penyejukan udara. Kuasa maksimum yang dapat dijanakan oleh Honda BeAT ialah 8.77PS pada 7,500rpm dan tork maksimum 9.14Nm pada 6,000rpm. Walaupun kecil, skuter ini amat senang dan seronok untuk dibawa.

mastered_honda_beat_launch_-17

Apa yang membuatkan Honda BeAT ini lebih menarik ialah ia merupakan skuter pertama yang menggunakan Sistem Brek Combi (CBS). Sistem brek CBS menggunakan kedua-dua brek hadapan dan belakang dengan serentak untuk meningkatkan lagi ciri keselamatan Honda BeAT kepada penunggang.

mastered_honda_beat_launch_-18

Ciri-ciri keselamatan lain yang terdapat pada skuter terbaru ini ialah suis tongkat sisi, tayar tanpa tiub dan tuas penguncian brek untuk mencegah sebarang pemecutan secara tidak sengaja semasa skuter berhenti.

mastered_honda_beat_launch_-20

Honda BeAT merupakan model yang menggantikan Honda Spacy yang akan dihentikan pengeluarannya dalam masa 3 bulan lagi.

mastered_honda_beat_launch_-28

Seperti kebanyakan keluaran terbaru dari Boon Siew Honda, skuter ini juga mempunyai sistem suntikan bahan api diprogram (PGM-Fi) tetapi dengan tambahan Peningkatan Kuasa Pintar (eSP) yang memberi kuasa yang lebih efisien dan pada masa yang sama, menjimatkan penggunaan bahan api.

mastered_honda_beat_launch_-22

Dengan sistem PGM-Fi dan juga eSP ini, hanya 2 liter petrol diperlukan untuk berjalan sejauh 100km! Tangki 4 liter yang terdapat pada skuter ini bermakna secara teori anda mampu berjalan sejauh 200km sebelum anda perlu berhenti di stesen petrol yang berdekatan.

dsc_0058

Terdapat 4 jenis pilihan warna yang disediakan untuk Honda BeAT iaitu Vital Metallic Blue, Angel Pink, Pearl Magellanic Black dan Viva City Red. Jika anda berminat untuk membeli Honda BeAT, harga yang ditawarkan oleh Boon Siew Honda ialah RM5,565 (harga asas bersama GST). Anda boleh kunjungi mana-mana cawangan Boon Siew Honda untuk melihat sendiri 2016 Honda BeAT.

dsc_0037

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube