Bikesrepublic

2016 BMW C 650 Sport (RM64,900.00) dan BMW C 650 GT (RM68,900.00) kini di Malaysia

The new BMW C 650 GT and the new BMW C 650 Sport (3)BMW Group Malaysia melancarkan motosikal terbaharunya ke dalam keluarga BMW Motorrad Malaysia – BMW C 650 Sport dan BMW C 650 GT yang merupakan tawaran terkini dalam segmen skuter maxi keluarannya. Sempurna untuk kegunaan di bandar dan kawasan urban, motosikal baharu ini menggabungkan aspek praktikaliti dengan keseronokan dan keselesaan tunggangan dalam jarak yang jauh.

Ketika memperkenalkan skuter maxi ini, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Segmen motosikal premium di Malaysia mengalami pertumbuhan memberangsangkan sejak dua tahun lalu. Pengenalan BMW C 650 Sport dan BMW C 650 GT baharu pasti memberikan para peminat motosikal lebih banyak pilihan untuk kegunaan harian atau pada hujung minggu.”

BMW C 650 Sport menyerlahkan reka bentuk yang lebih moden, dinamik dan berorientasikan kepada fungsi. Penampilan Skuter maxi baharu ini jelas selari dengan falsafah reka bentuk BMW Motorrad. BMW 650 GT yang diposisikan ke dalam sub segmen telah menerima penambahbaikan menerusi panel kemasan sisi belakang dan unit lampu belakang yang baru.  

The new BMW C 650 GT and the new BMW C 650 Sport (2)Ketua BMW Motorrad, BMW Group Malaysia, Owen Riley berkata, “Konsep yang berbeza di antara kedua-dua model skuter maxi ini membolehkan kami mensasarkan kelompok pengguna yang lebih luas berbanding sebelum ini. BMW C 650 Sport lebih terarah kepada penunggang yang gemar menunggang secara sporty. Sementara BMW C 650 GT baharu pula disasarkan kepada mereka yang lebih mementingkan aspek keselesaan dan kemampuan bergerak dalam jarak yang jauh (touring).”

 

Reka bentuk moden BMW C 650 Sport dan peningkatan gaya BMW C 650 GT.

BMW C 650 Sport baharu menampilkan komponen badan yang telah direka semula secara sepenuhnya. Reka bentuk yang segar ini menterjemahkan penampilan sebuah skuter maxi yang menyerlahkan prestasi dinamik dengan maksimum. Bahagian hadapan yang merangkumi panel sisi atas, bawah, kemasan panel hadapan dan perumah lampu hadapan juga telah direka semula.

BMW C 650 GT pula menerima rekaan baru pada bahagian belakang dengan panel kemasan pada sebelah kini, kanan dan tengah, di samping lampu belakang baharu. Perumah cermin sisi BMW C 650 GT telah dioptimumkan bagi memastikan penunggang mempunyai pandangan belakang yang jelas dalam apa jua keadaan.

Pelindung bar hendal pada kedua-dua varian menunjukkan gayaan baharu melalui bahagian tengah yang berkilat dan kemasan krom. Manakala semua  permukaan yang berada pada medan penglihatan penunggang telah diberi struktur baharu.

BMW C 650 Sport dan BMW C 650 GT baharu juga didatangkan dengan dial instrumen dan rekaan kemasan bar hendal baru. Bahagian tengahnya dipasang dengan kemasan berkilat dan aplikasi krom yang boleh diubah suai mengikut keperluan individu.

The new BMW C 650 GT (1)

Talaan rangkaian kuasa yang optimum dan sistem ekzos baharu untuk pengalaman tungangan lebih mengujakan.

Kehadiran dua skuter maxi ini membuktikan komitmen BMW untuk menawarkan keselamatan dan keseronokan tunggangan yang sebenar. BMW C 650 Sport dan BMW C 650 GT dijana oleh enjin dua silinder empat injap dengan sistem penyejukan cecair bersesaran 647cc dan sistem pancitan bahan api elektronik. Talaan rangkaian kuasa yang telah dioptimumkan ini memastikan prestasi  dinamik dengan kuasa mencecah 60hp pada 7,750rpm dan tork maksimum 63Nm pada 6,000rpm.

Komponen pada enjin dua silinder sebaris itu membolehkannya mencapai keseimbangan suhu yang optimum. Konsep penyejukan yang sofistikated mengalirkan cecair penyejuk secara melintang melalui kepala silinder. Penyejuk itu kemudian masuk ke bahagian hadapan kepala silinder di atas sisi ekzos yang panas. Menerusi kesan penyejukan yang intensif, haba panas dapat dihilangkan dengan pantas. Sekali gus memastikan suhu optimum dapat dikekalkan.

Pemetaan enjin BMW C 650 Sport dan BMW C 650 GT telah dibuat untuk bagi memastikannya menepati piawaian emisi Euro4. Emisi gas ekzos mampu dikurangkan dengan menggunakan sistem ekzos serba baharu yang terdiri daripada satu unit pancarongga bersama pengubah bermangkin (catalytic converter) bersepadu dan peredam berkembar. Peredam itu memberikan kedua-kedua skuter maxi ini rupa yang lebih dinamik. Selain menawarkan bunyi yang lebih sedap didengar dan menepati ujian bunyi bising ECE R41-04 yang baru.

Para pemilik skuter maxi BMW Motorrad juga akan menikmati talaan terkini transmisi CVT yang menggunakan pelapik klac baharu. Ia mengoptimumkan kemasukan klac, sekali gus memberikan maklum balas yang lebih dinamik.

The new BMW C 650 Sport (2)

Suspensi dan talaan peredam yang baru untuk lebih keselesaan.

BMW C 650 Sport dan BMW C 650 GT baharu menawarkan keseimbangan sempurna di antara penampilan yang sporty dan keselesaan. Ia mengekalkan sistem suspensi dengan struktur komposit hibrid yang tegar, kerangka tiub besi dan unit aluminium tuangan terap pada bahagian galas lengan ayun.

Penggunaan lengan ayun tunggal daripada aloi ringan dengan titik sepaksi pangsi juga menyumbang kepada kestabilan tunggangan yang maksimum. Ini membolehkan BMW C 650 Sport dan BMW C 650 GT menggabungkan aspek kestabilan menukar arah ketika berada pada kelajuan tinggi di lebuh raya serta lincah dalam kesesakan trafik. Skuter maxi ini juga memberi maklum balas yang pantas kepada penungang.

Roda bersaiz 15 inci menjanjikan kestabilan tunggangan yang optimum dan memudahkan pengendalian. BMW C 650 Sport dan BMW C 650 GT baharu didatangkan dengan rim aloi tuang lima jejari yang ringan bersaiz 3.5 x 15 inci untuk roda hadapan. Manakala saiz tayarnya ialah 120/70 R 15. Dimensi roda belakang ialah 4.5 x 15 inci dan dibalut dengan tayar bersaiz 160/60 R 15.

Bukan itu sahaja, kinematik tongkat bahagian tengah telah direka semula supaya lebih mudah digunakan. Hasilnya, tenaga fizikal yang diperlukan berjaya dikurangkan sehingga 30 peratus.

The new BMW C 650 Sport (1)

ABS dan ASC sebagai ciri standard untuk keselamatan maksimum.

Sebagai salah satu tradisi terbaik BMW Motorrad, reka bentuk sistem brek BMW Motorrad ABS adalah standard, demi memastikan aspek keselamatan aktif yang paling tinggi. Roda hadapan menggunakan sistem brek cakera berkembar berdiameter 270 milimeter yang turut merangkumi dua omboh angkup terapung untuk memperlahankan jentera dengan berkesan. Tugas membrek roda belakang pula diserahkan kepada sistem brek cakera tunggal berdiameter 270 milimeter dan dua omboh angkup terapung.

 

Ciri Automatic Stability Control (ASC) juga hadir sebagai ciri standard. Dengan terlibat secara aktif dalam pengurusan enjin ketika diperlukan, ASC berfungsi meningkatkan keselamatan penunggang terutama dalam kondisi jalan raya yang sukar dijangka. Sistem ABS dan ASC hadir sebagai ciri standard.

 

BMW C 650 Sport dan BMW C 650 GT baharu didatangkan dalam warna hitam (Blackstorm Metallic) dan putih (Lightwhite Solid Paint). Sementara warna Valencia Metallic Matt dan Frozen Bronze Metallic merupakan warna eksklusif untuk BMW C 650 Sport dan BMW C 650 GT.

 

Harga runcit (di atas jalan tidak termasuk insurans) ialah:

 

BMW C 650 Sport    baharu           –           RM 64,900.00

BMW C 650 GT baharu                   –           RM 68,900.00


Sumber: Siaran media rasmi dari BMW Motorrad Malaysia

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube