Bikesrepublic

Zontes Akan Datang Ke Malaysia?

  • Dengan kemasukan semasa motosikal keluaran China ke dalam pasaran Malaysia, adakah Zontes juga akan turut serta?
  • Zontes menghasilkan hampir ke semua bahagian motosikal di kilang mereka sendiri, kecuali bagi ABS dan sistem suntikan bahanapi.
  • Pengeluar ini berteraskan pada inovasi dan motosikal mereka menerapkan ciri-ciri yang berteknologi tinggi.

Dengan kemasukan motosikal buatan China ke pasaran Malaysia, kami tertanya-tanya jika pengeluar Zontes juga akan turut serta memasuki pasaran kita.

Laman sesawang Zontes menyenaraikan enam buah model motosikal. Tiga daripadanya adalah 310cc dan baki tiga lagi adalah 250cc. Kedua-dua enjin tersebut menjadi platform bagi model yang berbeza.

Yang pertama sekali, bergelar 310T, sekilas pandang, kelihatan seperti sebuah BMW GS. Zontes memasarkannya sebagai sebuah motosikal adventure-tourer ringan. Dari apa telah kami kumpulkan, ia dilengkapi dengan sebuah penghadang angin boleh laras secara elektrik, skrin TFT, fork terbalik, dan ‘crash bars’.

Model kedua yang disenaraikan adalah motosikal lumba naked 310R. Ia kelihatan seperti gabungan antara sebuah motosikal MV Agusta dan Kawasaki Z800. Ciri paling menyerlah sekali adalah hujung paip ekzos berganda ‘slash-cut’ dengan ekornya yng tajam, yang diterapkan dengan lampu belakang LED. Ia juga dilengkapi dengan skrin TFT.

Model ketiga adalah sebuah motosikal sport-tourer yang digelar 310X. Selain daripada komponen yang sama yang boleh didapati pada 310R, ia juga telah dilengkapi dengan penghadang angin boleh laras secara elektrik.

Saksikanlah video di bawah ini.

Ke semua model 310 ini menggunakan skrin TFT, lampu LED, ABS Bosch, dan sistem suntikan bahanapi Delphi. Sistem saspensi pada ketiga-tiga motosikal ini adalah sama: fork terbalik dengan penyerap hentakan belakang tunggal.

Zontes kini telah dipasarkan di China, United Kingdom, Afrika Selatan, Pakistan, dan bermacam-macam negara yang lain.

Zontes telah lahir daripada hasil usaha sama luar negara dan Guangdong Tayo Motorcycle Technology Co., Ltd., dan ditubuhkan pada tahun 2003. Syarikat ini pada masa kini memiliki 1,600 orang kaki tangan, dengan 60% daripada mereka memiliki ijazah kolej dan selanjutnya.

Falsafah Guangdong Tayo berteraskan pada inovasi. Dan oleh kerana itu, mereka memegang 256 buah paten gaya, 121 buah paten untuk model utiliti, dan 36 buah paten untuk ciptaan. Syarikat ini juga telah menerima Anugerah Inovasi Teknologi sebanyak tiga kali.

Selain daripada brek dan ABS, serta komponen suntikan bahanapi, syarikat ini menghasilkan hampir keseluruhan bahagian motosikal mereka di kilang mereka sendiri, termasuklah enjinnya. Ini kerana syarikat ini menggunakan robot dalam proses pengilangan mereka.

Robot-robot berkenaan digunakan untuk:

Tempaan berketekanan tinggi aloi aluminium.
Pembentukan suntikan penggantian acuan magnetik.
Kimpalan kerangka penetap empat paksi.
Kimpalan peredam penetap empat paksi.
Kimpalan gulungan tanpa surihan bagi tangki gasolin.
Saduran permukaan aloi aluminium.
Pengecatan robot tertutup penuh.
Kusyen pelana dalaman berbusa unibody.
Gudang steroeskopik dengan integrasi sistem ERP.

Selain daripada robot berautonomi penuh, terdapat juga jabatan mesin separa automatik kendalian manusia berkejituan tinggi.

Jabatan ini bertanggungjawab untuk:

Pencanaian CNC empat paksi.
Pencanaian gear dan rawatan haba.
Pembentukan regangan CNC untuk tangki gasolin.
Tempaan berketekanan rendah aloi aluminium.
Kimpalan kerangka aloi aluminium.
Pemasangan enjin dan motosikal.
Pengilangan dan pemasangan komponen kereta elektrik.

Motosikal buatan China,Chinese motorcycles,Guangdong Tayo,Zontes,Zontes 310R,Zontes 310T,Zontes 310X,Zontes Motorcycles

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan