Bikesrepublic

TVS Apache RR 310 2018 Dari India – RM19,975!

  • Motosikal TVS Apache RR 310 2018 yang telah ditunggu-tunggu telah pun dilancarkan semalam atas kerjasama antara TVS Motor Company dan BMW Motorrad.
  • Menggunakan enjin 313cc satu silinder dan casis yang sama seperti BMW G 310 R 2017 dan BMW G 310 GS 2017, motosikal Apache RR 310 ini menghasilkan 34hp dan 28Nm tork.
  • Motosikal TVS Apache RR 310 2018 ini diletakkan harganya pada INR205,000 yang mana ianya sekitar RM19,975 (selepas pertukaran terus matawang).

Selepas hampir satu tahun yang dipenuhi dengan segala masalah dan penundaan, motosikal TVS Apache RR 310 2018 telah pun dilancarkan semalam di India. Kerjasama di antara BMW Motorrad dan pengeluar dari India, TVS, telah membuahkan hasil dalam bentuk kelahiran yang telah dikatakan oleh sesetengah pihak sebagai sebuah motosikal lumba tahap permulaan generasi seterusnya.

Dilengkapkan dengan enjin 313cc satu silinder yang sama seperti pada BMW G 310 R 2017 dan BMW G 310 GS 2017, motosikal TVS Apache RR 310 2018 terbaru ini dikatakan dapat menghasilkan 34hp dan melebihi 27Nm tork maksima. Ianya bagaimana pun, lebih berat sedikit daripada G 310 R, sebanyak 11kg, kerana reraup hadapan serta komponen-komponen yang lain.

Walaupun motosikal ini lebih berat dengan jumlah kuasa dan tork (serta casis) yang sama seperti rakan setaranya di BMW, sekilas pandang sahaja pada motosikal ini dan kami pasti yang ianya direka bentuk untuk kelihatan anggun menangani selekoh di atas litar. Ianya mungkin sekali salah sebuah motosikal lumba tahap permulaan yang paling cantik di pasaran pada waktu ini.

Ciri yang menakjubkan yang lain terdapat pada motosikal ini adalah seperti paparan LCD yang tampak moden, lampu LED keseluruhan, ABS dwi-saluran, dan pelbagai lagi kelengkapan yang mengagumkan. Digandingkan dengan pakej suspensi perlumbaan oleh Kayaba dan brek ByBre (ByBre adalah singkatan untuk “By Brembo”), motosikal TVS Apache RR 310 2018 ini sudah pasti sebuah jentera yang amat berkebolehan berdasarkan spesifikasinya itu.

Bagi harganya pula, untuk pasaran India ianya ditetapkan pada INR205,000, yang mana ianya sekitar RM19,975 selepas pertukaran terus ke matawang Ringgit Malaysia. Adakah motosikal ini akan dibawa masuk ke Malaysia? Kami benar-benar berharap ianya dibawa masuk kerana penulis ingin sekali memilikinya dalam warna Racing Red DAN Sinister Black!

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube