Bikesrepublic

Suter Menarik Diri dari Isle of Man TT 2017

Sumber Imej: Cycle World
  • Suter telah membuat pengumuman baru-baru ini mengenai pengundurannya oleh kerana kekurangan kakitangan.
  • Motosikal Suter MMX 500 yang dikenali juga sebagai “The Beast” merupakan satu-satunya motosikal dua lejang yang bertanding dalam perlumbaan Isle of
    Man PokerStars Senior TT.


Baru-baru ini Suter telah mengumumkan pengundurannya dari Isle of Man Tourist Trophy untuk tahun 2017. Berita ini telah mengejutkan banyak pihak
memandangkan jentera dua lejangnya yang ditunggu-tunggu orang ramai, Suter MMX 500 yang juga digelar “The Beast“, telah membuat kemunculan
sulungnya pada perlumbaan tahun lalu menduduki tempat ke-34 dalam perlumbaan Isle of Man PokerStars Senior TT 2016.

https://www.facebook.com/bigkaisereurope/videos/1302252489850873/

Berita ini tersebar selepas kenyataan rasmi yang dibuat melalui laman Facebook mereka beberapa jam yang lepas. Dalam status mereka yang pendek dan ringkas, Suter telah menerangkan situasi yang menyebabkan pengunduran mereka dari perlumbaan jalanan paling mencabar dunia untuk sepanjang zaman tanpa memberikan sebarang butiran tertentu.

Sumber imej: www.corsedimoto.com

“Tahun ini, Suter tidak akan menyertai Isle of Man TT dengan jentera dua lejangnya yang menakjubkan, Suter MMX 500. Disebabkan oleh perubahan susunan yang besar dalam syarikat kerana penambahan projek-projek kejuruteraan yang banyak, Suter mengalami kekurangan kakitangan bertauliah untuk sementara waktu.”

Dalam status Facebook itu sendiri, Eskil Suter, Pengerusi Suter Industries menyatakan kekesalannya kerana tidak dapat bertanding dalam perlumbaan tahun ini. Ujarnya “Terutamanya setelah kami menambahbaik MMX 500 ini selepas kemunculan pertama kami tahun lepas dari segi penunggangannya dengan begitu ketara sekali, dan mengetahui bahawa peminat yang menyokong kami ada dalam jumlah yang besar, ia merupakan keputusan yang sukar untuk kami buat.”

Pada masa yang sama, mereka sedang merancang untuk memastikan yang segalanya dipersiap-siagakan untuk kemunculan dalam perlumbaan Isle of Man TT 2018 bersama penunggang lagenda Ian Lougher yang telah memenangi perlumbaan Isle of Man sebanyak sepuluh kali. Ian Lougher juga merupakan penunggang utama yang bertanggungjawab untuk pembangunan motosikal MMX 500 ini yang bukan sahaja tampak mengagumkan, tetapi juga telah beraksi dengan begitu baik sekali.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube