Bikesrepublic

Peugeot 3008 SUV Plus dan Peugeot 5008 SUV Plus Dilancarkan – Harga Dari RM150,888

 

Pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia, Nasim Sdn Bhd melangkah ke persada baharu menerusi pelancaran Peugeot 3008 SUV Plus dan Peugeot 5008 SUV Plus serba baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan NAZA, SM Nasarudin SM Nasimuddin menyifatkan pelancaran dua model ini lahir daripada kejayaan perjanjian antara Naza Group dan Groupe PSA pada 2018.

“Kami teruja kerana dapat meraikan kejayaan perjanjian di antara Naza Group dan Groupe PSA untuk menjadikan Naza Automotive Manufacturing (NAM) sebagai hab Asia Tenggara menerusi dua model popular Peugeot yang terus menggamit pasaran SUV.

“NAM telah mendapat pelbagai manfaat sejak penglibatan Groupe PSA antaranya pasukan yang berdedikasi dan perkongsian teknologi daripada ibu pejabat di Perancis.

“Kami teruja kerana dapat melancarkan dua model SUV yang lahir daripada NAM yang akan diedarkan kepada pasaran tempatan, jelasnya.

Tatkala pasaran SUV semakin mendapat sambutan, Nasim percaya kedua-dua model ini akan menjana penjualan yang memberangsangkan.

Peugeot 3008 SUV Plus dibina berdasarkan prinsip rekaan dan teknologi tinggi jadi tidak hairanlah model ini dianugerahkan Kereta Terbaik Eropah 2017 dan Kereta Terbaik 2018 Institut Automotif Malaysia di samping merekodkan penjualan tertinggi bagi kategori SUV Eropah.

Turut mencipta nama, Peugeot 5008 SUV Plus dengan model sebelum ini berjaya memasuki pasaran SUV segmen-C dengan menawarkan ciri bagaikan sebuah MPV dengan tujuh tempat duduk.

Kini, Peugeot 5008 SUV Plus serba baharu telah ditambah baik dengan pelbagai ciri yang meningkatkan tahap keselesaan lantas berjaya meraih anugerah SUV Tujuh Tempat Duduk Tebaik dan SUV Keluarga Terbaik 2019.

Kedua-dua model ini didatangkan dengan ‘sunroof panoramic’ dan rim aloi 18 inci serta gril terapung yang membuatkan model ini lebih menonjol.

Jenguk ke bahagian dalam, ruang dalam tampak lebih mewah ditambah dengan penggunaan kulit Claudia di bahagian tempat duduk meningkatkan lagi keselesaan pemandu dan penumpang. Lampu berwarna biru yang mengelilingi ruang dalam mewujudkan lagi suasana tenang.

Peugeot 3008 SUV Plus dan 5008 SUV Plus turut didatangkan dengan paparan sentuh 8 inci Multifunction Colour dan paparan 12.3 inci Head-Up Digital Cluster.

Kedua-dua model turut dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu yang merangkumi:

  • Driver Attention Alert
  • Speed Limit Recognition and Recommendation
  • Reverse Camera
  • Blind Spot Information System
  • Active Lane Departure Warning

Serta beberapa ciri keselamatan antaranya:

  • 6 airbags
  • Advanced Electronic Stability Program
  • Advanced Grip Control
  • Hill Start Assist
  • Indirect Tyre Pressure Detection
  • Electronic Stability Program
  • Anti-lock Braking System (ABS)
  • Electronic Brake-force Distribution (EBD)
  • Emergency Brake Assistance (EBA)
  • Wheel Anti-Slip Regulation (ASR)
  • Dynamic Stability Control (DSC)

Anda kini boleh memiliki Peugeot 3008 SUV Plus serba baharu dengan harga RM150,888 (Active) dan RM163,888 (Allure) sementara Peugeot 5008 SUV Plus ditawarkan pada RM166,888 (Active) dan RM179,888 (Allure).

Kedua-dua SUV ini didatangkan dengan waranti 5 tahun, 3 tahun servis percuma, Peugeot Assistance 24 jam dan akses ke SkyLounge di Subang Skypark.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube