Bikesrepublic

Yamaha MT-09 Tracer CKD 2017 Kini Boleh Didapati Di Malaysia – RM52,000

 

  • Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Malaysia telah mengumumkan Yamaha MT-09 Tracer CKD 2017 kini boleh didapati dalam rangkaian motosikal besar mereka.
  • Yamaha MT-09 Tracer yang dipasang dalam negara ini merupakan model motosikal besar Yamaha yang ke-empat yang dipasang di kilang pemasangan Yamaha di Sungai Buloh.
  • Yamaha MT-09 Tracer CKD 2017 ini diletakkan pada harga RM52,000 (asas beserta GST).

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Malaysia telah mengumumkan tambahan terkini bagi motosikal besar mereka adalah Yamaha MT-09 Tracer CKD. Ini bermakna motosikal MT-09 Tracer ini akan dipasang dalam negara di kilang mereka di Sungai Buloh bersama-sama dengan motosikal besar Yamaha yang lain seperti siri XJ6, MT-07, dan MT-09.

Ahli terbaru dalam rangkaian MT-09 yang semakin membesar ini dijana oleh enjin suntikan bahanapi, tiga-sejajar, 847cc dengan sejukan cecair yang mampu menghasilkan sehingga 113.4hp pada 10,000rpm dan 87.5Nm tork pada 8,500rpm. Ke semua kuasa berkenaan telah didorong ke roda belakangnya menggunakan kotak gear manual enam kelajuan serta pacuan rantai terakhir.

Dianggap sebagai salah satu motosikal kembara yang paling mengujakan yang ada pada masa kini, motosikal MT-09 Tracer ini menawarkan pakej yang hebat dengan berat keseluruhannya yang ringan dan kuasa yang pasti membuatkan anda tersenyum apabila mengemudinya untuk tunggangan pada hari Ahad.

Bagi mempertingkatkan lagi aspek keselamatan keseluruhan jentera ini, MT-09 Tracer ini dilengkapi dengan Sistem Kawalan Traksi Yamaha (TCS) dan ABS sebagai kelengkapan standard. Ciri-ciri lain yang ada padanya termasuk mod khusus Tracer, “D-Mode Selectable Running”, panel instrumen pelbagai fungsi DOT Matrix, pelindung enjin aerodinamik dengan lampu hadapan berkembar LED dan penghadang angin bolehlaras ketinggian.

Sebelum ini, MT-09 Tracer ini hanya boleh didapati sebagai unit CBU yang diimport sepenuhnya dan dipasang siap sebelum memasuki negara kita. Oleh kerana saiznya dan tenaga yang lebih digunakan untuk menghantarnya disebabkan keadaannya sebagai sebuah motosikal yang siap dipasang, motosikal CBU selalunya dinilai pada harga yang lebih tinggi seperti MT-09 Tracer CBU yang diletakkan harganya pada RM59,900.

Tindakan yang diambil oleh HLYM untuk memasang MT-09 Tracer di dalam negara telah bermakna yang HLYM dapat mengurangkan lagi kosnya supaya para pelanggan dapat memiliki motosikal Tracer ini pada harga yang lebih murah berbanding dengan unit CBU yang diimport sepenuhnya. Motosikal Yamaha MT-09 Tracer CKD telah dinilai pada harga RM52,000 (asas beserta GST) bermula dari minggu hadapan dan para pelanggan akan diberikan dua pilihan warna; Yamaha Blue atau Matte Grey.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan