- Ketika berlangsungnya Pertunjukan EICMA 2017 di Milan baru-baru ini, Suzuki telah melancarkan satu-satunya motosikal terbaru untuk tahun hadapan iaitu motosikal cafe racer Suzuki SV650X 2018.
- Diasaskan di atas platform SV650 yang popular, motosikal cafe racer terbaru Suzuki ini telah dilengkapi dengan rupa paras yang baru dengan kemasan cat yang cukup menawan.
- Motosikal SV650X 2018 ini didatangkan dengan enjin V-berkembar 645cc, sejukan cecair, DOHC yang menghasilkan 75hp dan 64Nm tork maksima.