- Projek Skully Helmet telah dihidupkan semula dengan bantuan beberapa orang pelabur yang baru.
- Ahli perniagaan Ivan Contreras dan Rafael Contreras telah berjaya memperolehi SKULLY, Inc. dan menjenamakan semula syarikat berkenaan kepada SKULLY Technologies.
- Berikutan satu ‘email blast‘ yang dihantar oleh pemilik baru di SKULLY Technologies, ianya kelihatan seperti mereka akan mencuba sebaik mungkin untuk memperbetulkannya.