- Selepas kejayaan perjalanan Honda Asian Journey yang julung kalinya diadakan pada tahun lalu dari Thailand ke Litar Antarabangsa Sepang, Honda telah mengumumkan bahawa akan adanya konvoi buat kali ke-dua dirancang untuk tahun 2017.
- Perjalanan tahun ini akan memberikan para peserta peluang untuk menguji beberapa motosikal berprestasi tinggi Honda seperti model CB500, CBR1000RR, Africa Twin, Goldwing dan sebagainya.
- Honda Asian Journey 2017 sepanjang empat hari ini akan bermula dari 26 Oktober hingga 29 Oktober 2017 di mana para peserta akan menunggang dari Melaka hinggalah ke Genting Highlands sebelum turun kembali menuju ke Litar Antarabangsa Sepang untuk Pusingan MotoGP Malaysia.