- Ada sesetengah pihak telah bertanya, adakah Hafizh Syahrin penunggang MotoGP Malaysia yang pertama.
- Selepas selesainya sesi ujian MotoGP di Thailand, kita tidak boleh nafikan lagi yang Hafizh adalah penunggang dari Malaysia yang pertama mengemudi motosikal MotoGP 1,000cc era moden ini.
- Pengesahan muktamad akan datang dari pasukan Monster Yamaha Tech3 sama ada Hafizh Syahrin akan menjadi penunggang MotoGP kelahiran Malaysia pertama yang akan bertanding dalam kelas premier pada musim ini.