- Art of Speed Malaysia 2017 akan kembali untuk kali ke-enamnya pada tahun ini; lebih besar dan lebih hebat dari sebelumnya dengan lebih daripada 1,000 kenderaan tempahan khas akan berkumpul dari 29 hingga 30 Julai 2017 di MAEPS, Serdang.
- Terdapat pelbagai motosikal dan kereta tempahan khas, pameran, pandu/tunggang uji, aktiviti, tokoh permotoran antarabangsa terkenal, persembahan dan banyak lagi untuk para pengunjung AOS tahun ini.
- Paling menarik sekali, TIGA motosikal akan dihadiahkan sepanjang tempoh dua hari pameran yang terdiri daripada CMC XY400 serba baru, Harley-Davidson Street Rod 750 dan juga sebuah dragster RXZ dwi-enjin tempahan khas sepenuhnya yang dinamakan “RXZ Twinboss”.