- Moto Varese Asiatic Sdn Bhd (MV Agusta Malaysia) baru-baru ini telah melancarkan MV Agusta Lifestyle Centre yang baru yang terletak di Amari Business Park berdekatan dengan Batu Caves, Selangor.
- Pusat gayahidup/kedai konsep baru ini mengandungi bilik pameran MV Agusta dan juga pusat perkhidmatan untuk mengendali wilayah tengah Malaysia.
- Bilik pameran terkini ini sedang menawarkan enam model termasuk Brutale 800, Brutale 1090, Brutale Dragster RR, Turismo Veloce, Turismo Veloce Lusso RC, dan F4RR.