- Hong Leong Yamaha Motors Sdn. Bhd. (HLYM) baru sahaja memperkenalkan dua kemasan warna yang baru bagi skuter Yamaha Nmax 2017 mereka.
- Dengan nama yang ringkas “Blue” dan “Black”, ianya sudah pasti menambahkan lagi dua warna yang baru dalam rangkaian itu, sementara warna yang lama akan dihentikan pengeluarannya.
- Harganya tetap sama pada tahap RM8,812.14 termasuk 6% GST (tanpa cukai jalan, insurans, sert pendaftaran).