- Ducati Malaysia (Next Bike dn Bhd) mengumumkan bahawa terdapat satu kempen Ducati Smart Service baru yang akan memberi manfaat kepada semua pemilik Ducati baru.
- Bermula dari bulan hadapan, sebarang pembelian motosikal Ducati baru akan disertakan dengan perkhidmatan servis percuma selama dua tahun, bahagian dan pelincir, atau sehingga 30,000km termasuk perkhidmatan DESMO ( yang mana tiba dahulu, dengan syarat dan juga terma).
- Pemilik Ducati baru akan menikmati penjimatan yang hebat dan kos pemilikan yang lebih rendah pada dua tahun pertama atas inisiatif dari Next Bike Sdn Bhd.